sad & alone !



assalamualaikum untuk pembaca muslim and untuk non-muslim .

okay first seperti selalu , blog aku dah berhabuk weh . adohaii ! lame gilerr aku tak update blog aku ni . lagi-lagi bila aku lupa password blog aku . kesian kannn ? tapi takpe , dah dapat balik dahhh . haha :)

okay , nampakkan tajuk aku kali ni ? kesedihan dan keseorangan . agak-agak korang lah , korang pernah tak rase macam ni ? mesti pernahkan . tipu kalau korang katakan tidak . masing-masing ada perasaan bukan ? so tak banyak , sikit mesti pernah rasekan . adat hidup sebagai manusia ! kadang-kadang rase bahagia , kadang-kadang rase sakit .

so , samalah dengan aku juga . aku pun ade perasaan . ade hati yang kadang-kala rase sedih dan memerlukan seseorang untuk aku bercerita , memerlukan seseorang untuk aku menangis semahunya dibahunya . tipulah kalau aku cakap bila sedih , aku cuma nak duduk sorang-sorang taknak di ganggu . mungkin pada mulanya tapi bila perasaan itu dah reda kita tetap cari seseorang untuk kita bercerita , so begitulah aku . aku tak minta orang tu paham aku , cukup sekadar ade disisi aku and dengar apa yang aku ingin luahkan . itu sahaja ! tak lebih . kawan yang selalu ade teman aku bile nak menangis jauh . family pun jauh . aku cume nak dia ade mase aku perlukan . aku cume nak kau ade mase aku sedih bie . kadang-kala bile kita sedih and keseorangan , kita perlukan orang yang kita cintai ade dengan kita . takde disisi takpe , tapi cukup kalau dia call or msg bertanyakan kenapa .

tapi . . . . tapi kau takde mase aku perlukan kau . aku paham kau penat dengan kerja tapi tak boleh ke kau ade dengan aku 5 minit . tak lama aku minta , cuma 5 minit ! dengar ape yang aku nak cakap . aku sedih  kot sekarang . sedih dengan perhatian yang kau bagi dekat aku . aku mampu gelak berdekah-dekah depan orang tapi aku akan menangis bile aku sorang-sorang bie . kadang aku rase give up dengan hidup aku . sebab orang sekeliling yang tak paham aku , dengan kau yang sekarang lebih dengan dunia kau , dengan family yang jauh , dengan kawan-kawan tersayang aku jauh . aku give up weh ! kadang aku rase aku nak pergi jauh dari hidup kau and hidup semua orang . aku nak buang semua ingatan aku tentang semuanya , aku nak buang perasaan yang negetif ni jauh-jauh tapi aku tak mampu . tak mampu weh ! sebab . . . . sebab dah takdir .

dah takdir hidup aku macam ni . aku redha dengan jalan yang diberikan ini :'(

pen off !